Want your
own Fotopage?








 
~ Your Online Kebaya Boutique ~
A beautiful collection of Kebaya, Baju Kurung and Corset in petite and plus size.
By: Empire of Elegance

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Saturday, 19-Oct-2013 03:56 Email | Share | | Bookmark
PANDUAN UNTUK MENJAGA KAIN LACE

Kebaya yang dihasilkan daripada fabrik Lace adalah yang paling banyak mendapat permintaan. Fabrik Lace adalah material yang lembut dan feminin, jadi tidak hairanlah jika rata-rata wanita memilih fabrik Lace sebagai persalinan pernikahan atau pertunangan. Jika dijaga dan dirawat dengan baik, kebaya dan baju kurung Lace mampu bertahan bertahun-tahun lamanya.

Oleh itu, di sini diberikan panduan untuk mencuci dan menjaga fabrik Lace agar kekal lama!

Apa itu kain Lace? Lace ialah kain seperti jaring yang dihasilkan dari kerja tangan atau mesin, yang dibuat daripada kain kapas, linen atau fiber sintetik. Antara contoh Kebaya dan kurung daripada material Lace yang dijual di Empire of Elegance adalah:

1. KEBAYA LACE IXORA
2. KEBAYA LACE QASEH
3. KURUNG LACE SELENA
4. KURUNG LACE STELLA
5. KURUNG LACE NATALIA





Kebaya daripada fabrik Lace selalunya dinasihatkan untuk dicuci secara dry-cleaning. Kos penjagaan sebegini adalah tinggi, oleh itu sebaik-baiknya boleh dicuci dengan tangan. Tapi bukan sebarang cuci ya!


    Kebaya Lace hanya perlu direndamkan menggunakan air sejuk dan detergen yang sederhana kuat. Jangan rendamkan seharian! Sekadar 15 minit sudah cukup. Pastikan zip dan butang sudah disempurnakan untuk mengelakkan jaringan Lace tertarik dan terkoyak.

    Perlu ke untuk memberusnya? Pakai pun tidaklah kotor, bukan? Hanya peluh sahaja. Jadi tidak perlu memberus, kerana ini akan memberikan kesan terhadap fiber kain.

    Kemudian bersihkan dengan air bersih sehingga hilang kesan detergen, tetapi jangan perah - hanya ramas-ramas sahaja untuk mengeluarkan air. Kain Lace ini berjaring, jadi ia tidak begitu menyerap air. Oleh itu, perahan memang tidak perlu sebenarnya!

    Jangan gantung Kebaya Lace untuk keringkannya, apatah lagi menggunakan mesin pengering! Kebaya Lace harus dikeringkan dengan udara biasa dan harus dikeringkan atas permukaan yang datar.

    Selalunya Kebaya Lace ini tidak perlu diseterika. Tetapi jika rasa perlu, lapikkan papan seterika dengan tuala putih dan lapiskan dengan kain lain di atas Kebaya Lace tersebut agar tiada sentuhan langsung daripada seterika kepada Kebaya Lace itu. Ini penting untuk mengelakkan perincian Lace itu herot atau senget, juga bagi memastikan Kebaya Lace tidak terkoyak terkena bucu seterika yang agak tajam baginya.

    Dinasihatkan Kebaya Lace agar tidak digantung, tapi dilipat untuk mengekalkan bentuknya daripada melurut menjadi besar terutamanya di bahagian bahu. Jangan risau, walaupun dilipat, Kebaya Lace tidak berkedut semudah itu!


Jadi, diharap dengan tips ini akan membantu untuk menjaga fabrik Lace dengan lebih cermat dan memanjangkan tempoh manis dengan Kebaya Lace tersayang!


Love,
AMY
empire.of.elegance@gmail.com


Friday, 18-Oct-2013 18:02 Email | Share | | Bookmark
HOW TO TAKE BODY MEASUREMENTS

The first important thing you should know before you shop online for your kebaya is your vital statistic which is a woman's bust-waist-hip measurements - also known as BWH.

All the garments sold here are measured before being tagged for the size, thus it is your responsibility to make sure the garment you plan to purchase fits you well.

We do provide the size chart here, however not all of us have the hourglass shape. Hence, the most easy way to know the right size for you is to let us know your vital statistic.

Here is the guide on how to measure your BWH:




If you constantly have problems with the shoulder length or armhole of the garments sold outside, kindly let us know your shoulder and armhole measurements too.




Once you know your measurements, you can browse for the kebaya available in your size.


Thanks,
AMY
empire.of.elegance@gmail.com


Friday, 18-Oct-2013 16:52 Email | Share | | Bookmark
KEBAYA BELLA














Kebaya Bella ini dengan dipadankan dengan Sarong Pareo Satin Putih, namun jika sarong ingin ditukar kepada sarong model lain juga dibenarkan dengan harga pakej berbeza.


TEMPAHAN DAN DEPOSIT:
    1. Tempahan bersama deposit harus dibuat sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum tarikh acara.
    2. Tempahan kurang 4 bulan dari tarikh acara akan dikenakan caj tambahan.





*Harga sah dari Jun 2013 - Mei 2014


Sila klik pautan di bawah untuk melihat warna-warna lain:



Quote:
22/10/2009 Aida wrote:

cik amy,

saya dah dptkn baju kebaya bella saya, wlupon saiz 3XL...
design kebaya nie ttp sama n cantik, seperti dlm pic nie...

mmg superb gille jahitan kebaya nie...
klu saya leh terjuil biji mata..hahaa
sangat cantik n glemor..mmg sesuai utk time nikah atau sanding...
tq cik amy...

next time klu de pe2 majlis...
i refer u je la yer..
harga pon berpatutan...

yeahhh



Thanks,
AMY
empire.of.elegance@gmail.com[url]


Wednesday, 16-Oct-2013 07:11 Email | Share | | Bookmark
PANDUAN SAIZ KORSET DAN HARGA




CAJ PENGHANTARAN:

* Caj penghantaran ke Semenanjung Malaysia adalah RM10 untuk maksimum 5 helai.

* Caj penghantaran ke Sabah/Sarawak adalah RM15 untuk maksimum 5 helai.

* Caj penghantaran ke luar negara adalah mengikut berat bungkusan.



FAQ:

1.
    Adakah saiz korset sama dengan saiz kebaya?

Penggunaan korset adalah untuk memberikan bentuk badan yang cantik. Saiz yang sesuai digunakan adalah sama dengan saiz Kebaya atau satu saiz lebih kecil daripada saiz Kebaya.


2.
    Apakah kesan memakai Korset satu saiz lebih kecil? Risau tidak muat.

Memakai Korset satu saiz lebih kecil daripada saiz Kebaya akan mengurangkan satu inci ukuran dada dan pinggang - menampakkan bentuk tubuh yang lebih langsing.

Material Korset ini adalah elastik (stretchable), jadi tidak ada masalah untuk memakai saiz lebih kecil. Lebih ketat Korset itu, lebih baik sebenarnya.


3.
    Korset saiz XS tidak ada?

Walaupun Korset tidak tersedia dalam saiz XS, namun pelanggan-pelanggan berpuas hati dengan Korset saiz S yang ternyata tidak longgar dan masih mencengkam badan dengan erat.


4.
    Saya tidak pernah memakai korset dan bertubuh besar. Adakah korset yang sesuai dengan saiz saya?

Korset tersedia dalam saiz L1, L2, L3, L4 dan L5 atau sehingga saiz 50.


5.
    Perlukah memakai bra apabila memakai korset?

Bagi korset tanpa cup, seeloknya bra dipakai untuk membantu memberikan bentuk yang cantik. Jika tidak selesa memakai bra bersama korset, bolehlah membeli korset yang didatangkan bersama cup.


6.
    Apakah perbezaan korset 4 tulang dan 8 tulang?

Korset 4 tulang adalah korset asas yang membantu memberikan bentuk badan yang cantik. Korset 8 tulang pula adalah lebih kukuh dan mencengkam badan untuk menampakkan tubuh lebih langsing.


7.
    Adakah korset ini membantu menurunkan berat badan?

Tidak. Korset ini hanya mencengkam badan untuk memberikan bentuk badan yang cantik dan sebagai pakaian dalam untuk baju yang jarang. Korset ini tidak mempunyai apa-apa kesan dalam pembakaran lemak atau penurunan berat badan.





-Amy
empire.of.elegance@gmail.com


Sunday, 13-Oct-2013 02:37 Email | Share | | Bookmark
KURUNG PESAK MUTIARA






SAIZ:
    XXXL @ SAIZ 46: Merah

    4XL @ SAIZ 48: Merah



HARGA:
    RM270.00






* Terms & Conditions Applied.


Thanks,
AMY
empire.of.elegance@gmail.com


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net