Want your
own Fotopage?






 
~ Your Online Kebaya Boutique ~
A beautiful collection of Kebaya, Baju Kurung and Corset in petite and plus size.
By: Empire of Elegance

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 16-Mar-2014 07:11 Email | Share | Bookmark
PANDUAN SAIZ KORSET DAN HARGA




CAJ PENGHANTARAN:

* Caj penghantaran ke Semenanjung Malaysia adalah RM10 untuk maksimum 5 helai.

* Caj penghantaran ke Sabah/Sarawak adalah RM15 untuk maksimum 5 helai.

* Caj penghantaran ke luar negara adalah mengikut berat bungkusan.



FAQ:

1.
    Adakah saiz korset sama dengan saiz kebaya?

Penggunaan korset adalah untuk memberikan bentuk badan yang cantik. Saiz yang sesuai digunakan adalah sama dengan saiz Kebaya atau satu saiz lebih kecil daripada saiz Kebaya.


2.
    Apakah kesan memakai Korset satu saiz lebih kecil? Risau tidak muat.

Memakai Korset satu saiz lebih kecil daripada saiz Kebaya akan mengurangkan satu inci ukuran dada dan pinggang - menampakkan bentuk tubuh yang lebih langsing.

Material Korset ini adalah elastik (stretchable), jadi tidak ada masalah untuk memakai saiz lebih kecil. Lebih ketat Korset itu, lebih baik sebenarnya.


3.
    Korset saiz XS tidak ada?

Walaupun Korset tidak tersedia dalam saiz XS, namun pelanggan-pelanggan berpuas hati dengan Korset saiz S yang ternyata tidak longgar dan masih mencengkam badan dengan erat.


4.
    Saya tidak pernah memakai korset dan bertubuh besar. Adakah korset yang sesuai dengan saiz saya?

Korset tersedia dalam saiz L1, L2, L3, L4 dan L5 atau sehingga saiz 50.


5.
    Perlukah memakai bra apabila memakai korset?

Bagi korset tanpa cup, seeloknya bra dipakai untuk membantu memberikan bentuk yang cantik. Jika tidak selesa memakai bra bersama korset, bolehlah membeli korset yang didatangkan bersama cup.


6.
    Apakah perbezaan korset 4 tulang dan 8 tulang?

Korset 4 tulang adalah korset asas yang membantu memberikan bentuk badan yang cantik. Korset 8 tulang pula adalah lebih kukuh dan mencengkam badan untuk menampakkan tubuh lebih langsing.


7.
    Adakah korset ini membantu menurunkan berat badan?

Tidak. Korset ini hanya mencengkam badan untuk memberikan bentuk badan yang cantik dan sebagai pakaian dalam untuk baju yang jarang. Korset ini tidak mempunyai apa-apa kesan dalam pembakaran lemak atau penurunan berat badan.





-Amy
empire.of.elegance@gmail.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net